Sementara menunggu ujian JPJ untuk dapatkan lesen memandu, aku try-try jugak lah memandu kereta ayah. Pada suatu hari, aku nak sangat-sangat memandu dan kebetulan Kak Men nak beli barang sedikit, and then, biasalah orang jakun, aku pon volunteer. 


Everything went well, sehinggalah sampai kat rumah aku. Mungkin terbuai dengan perasaan yang aku dah pro. 

"Brek sedikit. Dah nak sampai ni"

"Brek bah dik"

"Brekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....."

Kereta ayah aku yang berumur 3 bulan itu ranap menghempap gate rumah.
Akak aku dah nak pengsan, tapi aku ketawa. Tapi aku takut jugaklah. Kebetulan mak ayah aku nak pergi umrah esok, dan hari tu rumah aku memang banyak sangat orang. 

Lepas beberapa jam, aku masih rilek. Dan.. ayah aku pon datang. Dengan semenanya, aku pon menangis dengan penuh perasaan. Kalau orang bajau panggil " Magluui",  maksudnya, menangis dengan terbahak-bahak* ( *cant find any better word to replace this).


Ayah aku pon cakap : 

"mammiapappia.. sini sini di sayang dia. (sambil mencium kepala)"


"Jangan risau ba, yang penting kau selamat okey, bagus-bagus!, sapa yang pernah bawak kereta lepas tu eksiden, lepas ni champion sudah, jangan risau okey, nanti bapak belikan kau kereta begini 10 biji okey?!"

Ayah aku pon menyuruh aku mandi, dan bawak aku keluar jalan-jalan malam tu before mereka nak pergi umrah and asked me untuk memandu kereta tu. Katanya supaya tak hilang semangat untuk memandu. ':(

Keesokan harinya, aku demam, dan mak ayah aku risau tinggalkan aku tanpa mereka. 

Betapa aku bersyukur dapat ibubapa aku.
Hadiah dari Syurga yang tiada tandingannya. 

Tapi kan...

Mak ayah aku sempat pesan kat akak aku jangan bagi aku memandu sementara tak dapat lesen memandu lagi. 
Hehe.

p/s : kasih ayah membawa bahagia, kasih ibu membawa ke syurga. Aku da rindu sangat-sangat kat dorang. 
uwaaaaaaa....

*Ayah aku panggil aku mammiapappia, nama waktu aku dalam perut lagi. Nasib baik nama dalam IC : Masfara Wahidah. haha.