Okey, last time aku ada cerita pasal aku g Taipei, and tak lama lepas tu ada gempa bumi kat Taiwan, Allah's blessed you with so many things, kami tak berada di negara tu waktu gempa bumi, sbeba waktu tu dah balik Malaysia. Praise to Allah the Almighty :).  Ini adalah serba sedikit kesimpulan yang aku boleh buat untuk percutian ke Taiwan.

BAJET

First thing first, setiap orang ada different types of modes kalau travel kan, ada yang backpackers which is yang paling famous dan paling up nowadays dan paling penting , yang paling BAJET DAN JIMAT dan ada yang pakai pakej and tidak dilupakan ada yang tidak berpakej dan travel freely serta comfortable.

Aku rasa aku jenis yang last tu, aku travel tanpa pakej dan comfortable. You know what, bagi aku in every thought kalau nak travel, aku nak 2 benda ni perlu selesa. TEMPAT TIDUR DAN MAKAN. 
Tapi tu different dengan bajet masing-masing lah. Secara overall, aku g Taiwan ni, aku pergi 6 hari 5 malam. Total bajet aku habis ialah RM 4421. Ini ialah secara total bersih aku punya bajet. Aku rasa boleh lower sikit dari ini, tapi ini yang aku punya bajet including hotel, tiket flight return dari Kota Kinabalu ke Taipei, dan juga tiket flight return Tawau - KK, makan, transport dan souveniers.


TRANSPORT

Aku travel dari Tawau ke KK (return) RM269.  Aku beli tiket last minute, mungkin boleh murah kalau beli awal, sebab tiket flight aku dari KK ke Tawau dalam RM89 ja, yang Tawau ke KK mahal sikit sebab aku beli lambat. Lepas tu, tiket flight aku g Taipei return ialah RM 750 (termasuk tax dan makanan semua). Yang ni waktu promotion. Dan kalau kau nak tau, aku beli tiket ni sebulan before fly. Kebetulan waktu ni dia promotion. Lagi satu, aku rasa yang tiket dari KK ke Taipei sangat murah compared dari Semenanjung ke Taipei, sbb tengok geografi la. Taiwan dekat sikit dengan Borneo. So murah sikit la.  Masa Penerbangan cuma 3 jam 15 minit sahaja, ini waku pergi, waktu balik 3 jam 30 mint, aku tak tau apa beza dia. tapi yang pasti yang balik tu lambat sedikit.

Oh, another option ialah, kalau nak g KK boleh naik Bas ja, tapi amik masa 10 jam lah, dan hmmmm.. PENAT. Kalau naik flight masa yang di amik kalau tak silap 50 mint ja. So yang ni depends on people lah, either nak jimat masa or nak jimat duit. Each mode has their own pros and cons. You yourself yang decide la nak choose mana.

Kat Taipei, sejujurnya, sesampai ja kat sana, aku naik taxi g Hotel. Pergi dan balik aku naik taxi. Harga taxi waktu aku nak g hotel ialah  TWD1350 bersamaan RM 175.50 (ini currency kat pada January, 2016). Waktu nak ke Airport semula pon bayaran dia pon sama ja. So total ialah RM 351.  Bole ja naik bas untuk ke Taipei which is cheaper sangat-sangat. Tapi di sebabkan waktu tu aku nak tido sangat-sangat nak rehat dan aku fikir, sebab aku mesti susah nak cari hotel plus dengan bagasi lagi, dan aku baca kena jalan kaki sedikt la untuk cari hotel tu dan aku tak familiar dengan tempat tu plus aku da memang sedia duit untuk taxi so, aku just go for taxi.  (Alasan banyak sangat). Aku ada baca kat blog-blog orang pasal naik bas dari airport. Dalam RM20 je kalau tak silap. Tapi need to recheck la sebab aku takut aku salah informasi.

Kat Taipei, pengangkutan utama dia ialah MRT, and let me tell ya something, Taiwan ni satu negara yang kecil ja, tapi pengangkutan dia sangat-sangat efisyen!. Sebab pengangkutan dorang ni Jepun yang buat , so you know la kan, how efficient it is. So , aku guna MRT je, dan aku ada guna bas waktu naik gi Yang Ming Shan National Park. Harga pon murah je, dalam 15 dolar je sorang. Tapi aku ni ada motion sickness sikit, waktu naik g Yang Ming Shan tu aku ter-uwek-uwek sikit ler... hihih. sebab jalan dia macam kundasang tu so what do you expect la kan. Lepas tu aku taubat tak nak naik bas, Kalau naik MRT tambang seorang dalam 25-75 dolar, according to jarak la. Tapi aku menyesal sedikt , tak naik bas, sebab aku tak nampak negara dorang macam mana. berbanding dengan Australia, aku naik bas je, sebab bas dorang sangat sangat sangat sangat efisyen dan MAHAL NAK MAMPUS, tapi aku rasa faktor tempat jugak, sebab aku g Sydney which is listed as one of the expensive city in the world. bayangkan harga air mineral dia pon dah rm16 utk bottle kecik tu!.

Okey, so, total untuk transport

Flight :RM1019
Taxi : RM 351
MRT dan Bus : RM 85

Total : RM1458

HOTEL

Okey, untuk part hotel ni, aku stay kat Ximending area. Iaitu entertainment area kat Taipei, so harga pon mahal sedikit, aku pilih tempat ni sebab dia easy access everywhere. sebab dia cuma 5 mins walk dari Ximen Station. Sangat-sangat strategik. di sini jugak la tempat ala-ala Shibuya crossing macam kat Jepun tu, dan macam -macam lagi lagi lah, hotel ni sangat okey dan servis pon tip top!. Aku rasa harga dorang ni sangat murah dengan apa yang dorang provides. You know you got layan lebih kurang macam 5 star tapi dengan harga yang murah. Aku rasa sebab dorang kena jaga prestasi dorang sebab dorang kan kat tempat yang femes. Ximending ni macam Bukit Bintang tu kalau kt Malaysia. So aku stay 5 malam kat sini.

Total : RM 1670 (termasuk tax ; according to currency January, 2016)


MASA

Masa kat Taiwan ni sama ja macam Malaysia. Cuma kat sini Malam awal sikit lebih kurang macam Sabah. Kat Sabah gelap kul 6 dah gelap dan dah  malam, kat Taiwan kul 5.30 dah gelap da :). dan kat Semenanjung, pukul 7 lebih da gelap da. So untuk Taipei ni, kul 6.30 pagi da terang da.

Walaupon dekat dengan Borneo, tapi Taiwan ni bukan lah tergolong dalam Asia Tenggara. So, dia ada 4 musim. Waktu aku pergi ni musim sejuk. Best jugak lah. Bila Musim sejuk tu, aku rasa jadual cuaca tu sama ja dengan Europe except for Australia yang terbalik sedikit. Maklum lah kalau secara geografi , Australia ni kat bawah dan Europe kat atas, and kita kat garisan khatulistiwa. Faham tak > mesti tak faham kan, nanti study la peta ye.. atau pon globe tu.

Waktu solat kat Taiwan ni aku awal sedikit dari Sabah. Sorry ya, aku guna contoh Sabah. sebab ini yang paling relevan dan familiar dengan aku. Kalau kat Sabah kita solat Magrib kul 6.30 malam kan, kalau kat Taipei waktu Magrib kul 5.45 malam. Ataupon bole downlod application kat phone dan untuk tahu arah kiblat tu, aku cadangkan bawak kompas yang manual tu sebab aku rasa benda tu praktikal sedikit plus aku tak tahu guna kompas kat phone tu. Hihi.

MAKANAN

Aku ada baca blog-blog orang pasal makanan kat taiwan ni, plus family aku pon cakap kat sini susah sangat nak cari restaurant halal. Bagi aku, senang ja, as long as kau stay kat negara bukan Islam, maslaah makanan halal haram tu memang ada dan sentiasa ada. Tapi MENCARI makanan halal tu aku rasa tidak lah sesukar mana sebab sekarang ni semuanya di hujung jari anda. Bole google okey! dan of course you need to visit tourist information. Begitulah kes aku tu. Berdasarkan informasi yang aku baca ni , kat sini banyak je restoran yang halal, dan muslim-friendly.

Tapi sewaktu aku berada kat Taipei, Taiwan, aku pergi ke Restoran yang femes-femes jerrrrr. haha. Dan aku try semua jenis retaurant tu. So, untuk trip ke Taipei ni, ada tiga restaurants yang aku kira femes and aku rasa ni ja yang aku jumpa kat sana area Taipei.

1) Yunus Halal Restaurant, Taipei, Taiwan

Banyak-banyak restaurant kan, aku vote restaurant ni, sebab makanan dia sedap, dan aku rasa aku lebih prefer restaurant ni sebab interior design dia menarik dan menyebabkan aku selesa makan kat sini. Restaurant ni ada pakej makan khas untuk dua orang, dua jenis lauk, dia sediakan berbagai jenis minuman yang kita boleh pilih, air kosong, dessert, nasi, dan sup. Tapi, lauk yang dia sediakan tu ialah beef dan chicken, dan aku tak makan beef and chicken, tapi aku tukar, yang beef tu aku tukar g fish dan yang chicken tu aku suruh buat spicy fried chicken so tak rasa ayam sangat. hoho. Menu tu boleh tukar jenis makanan tu pon bila kita request. haha. Okey. Sejujurnya, hari pertama aku kat sna, aku penat sangart, nasib ada bekalan dari Malaysia, so makan tu ja la, hari kedua dan seterusnya baru aku makan kat luar. First aku makan kat sana total price ialah TWD 1750 bersamaan dengan lebih kurang RM 228 . Sebab aku banyak add on-add on makanan. Mahal sikit untuk dinner sebab da sehari suntuk tak makan nasi plus lapar sangat. Tapi overall aku makan kat sini price dia memang lebih seratus. Paling murah ialah RM180. Aku rasa boleh jimat sikit kot kalau betul-betul nak makan macam pelancong, tapi konsep aku, kena la makan dengan cemerlang untuk memulakan hari yang sungguh mencabar d negara orang. Tapi aku makan macam biasa ja, maklumlah bila restoran halal memang mahal. Tapi kalau nak servis yang okey dan perkhidmatan yang cemerlangOkey restaurant ni terletak kat Taipei Main Arena, keluar ja dari gate no 3, pusing belah kanan dan 5 mins walk da jumpa da restauran ni, you would not miss it sebab tanda halal besar terpampang kat depan tu. Tapi aku nasihatkan, sampai ja kat station ni terus g kaunter information utk info lebih lanjut, sebab sejujurnya kau memang perlukan informasi bila da kat sana. Kesimpulannya, aku beri 5 STAR untuk restaurant ni.

2) Halal Bismillah Restaurant, Taipei, Taiwan

Restoran ni bersebelahan dengan Yunus Halal Restaurant ni, betul2 bersebelahan. Tapi restaurant aku pergi waktu third day aku kat sana, makanan dia pon sedap, harga pon lebih murah dari Yunus Halal restoaurant, tapi aku tak berapa berkenan tengok dalaman restaurant ni, pekerja sorang ja dan kemungkinan ramai sanga pelancong datang tempat ni sebab murah so pekerja tu tak menang tangan , sampai meja pon tak terkemas, sisa makanan kat lantai pon tak dapat nak manage, sebab tue la, dan sejujurnya lightning ni suram sedikit compared to Yunus. Macam biasa, bila makan kat restoran halal kat oversea dia mahal sedikit, total kami makan kat sini TWD 700 bersamaan lebih kurang RM91.
Waktu aku makan kat restoran ni, aku ternampak sekumpulan girls yang pergi ke Yunus Halal restaurant tu, lepas tu tak sampai beberapa minit, dorang masuk g restaurant ni, aku rasa sbb harga lah. girls tu pon dari Malaysia dan budak UIA, sebab dorang pakai sedondon.  Sama jugak, waktu aku makan kat halal restaurant tu aku nampak pasangan kapel dari tak tau dari mana, rasanya Malaysia atau Indonesia. tapi aku rasa Malaysia lah jugak, duduk kat situ, lepas selak menu dorang keluar. Tapi sejujurnya, kalau tengok harga aku prefer restaurant ni, tapi kalau tengok servis dan layanan serta perkhidmatan yang cemerlang aku go for Yunus. Aku beri 3 setengah star untuk restaurant ni.

3) Khan Khanna Restaurant, Taipei, Taiwan

Okey, ini restaurant india dan pakistan, so of course akan makan makanan ala-ala dorang. Bila kau datang ja dalam restaurnat ni kau akan di sajikan dengan muzik-muzik macam kat india. lagu-lagu mereka dan even interior design dorang jugak. Sejujurnya aku tak galakkan perempuan makan kat sini,  kalau takda lelaki. aku tak tau la. Opinion aku ja. Location dia ni dekat ngan Taipei 101, dan just across the street kalau melalui hotel aku lupa la apa nama hotel dia. Aku order nasi Biryani dan portion dia sangat besar, sesuai untuk dua instead of one, aku juga order naan cheese dia, dah lama tak makan, aku nak sangat makan tu. So total untuk makan tu je pon da mahal, Almaklumlah dekat ngan tempat pelancong, so utk biryani, naan cheese dan air kosong total ialah TWD 650 around RM84 duit kita. Mungkin sebab im not a fan of indian cuisine, so aku makan ni sedikit2 je la. kalau dari segi makanan tanpa mengambil kira kesukaan aku, aku bagi 5 star. interior design aku beri 5 star. cuma aku seram sikit, sebab aku dinner kat sini, dan kawasan ni gelap and ramai lelaki. dalam restoran tu seorang je pekerja perempuan dan semuanya lelaki. So aku terbayang adegan-adegan samseng. Tapi aku akan sure g sini, kalau aku g in a group with men and women. Lagi satu, restoran ni okey sikit sebab perempuan tu beri kami discount :'). So untuk restaurant ni aku kasi 4 star je la.


Untuk breakfast, hotel memang sediakan breakfast , tapi aku tak makan sebab bangun lambat plus tak yakin dengan ke-halalan tempat makan, so ada sedikit pembaziran di situ. Selain itu, kami akan keluar dari hotel lepas lunch. kami akan keluar berjalan-jalan lepas lunch dan balik lewat malam around 9 pm macam tu. Ini la salah satu kelebihan travel without agent. Oh, kami bawak bajau cuisine g taiwan, yang mana sangat tahan lama. so utk makan tengahari, kami makan tu je la, dalam bilik hotel tu semua peralatan lengkap. So, kami akan beli nasi untuk d makan waktu tengahari, so nanti tenghari boleh panaskan. Bilik ni dia sediakan peti ais. so bole letak makanan jugak. sangat convenient.

aku syorkan korang yang nak g oversea untuk bawak snacking. sebab waktu nak jalan-jalan konfem korang akan rasa lapar, sejujurnya ku jugak not a fan of chocolate tapi waktu kat sana, aku asyik makan coklat yang bawak dari Malaysia, sebab mungkin aku nak sangat makan benda manis and makanan kat sana semua menarik untuk d makan!!. So sebab tu la aku nak benda-benda manis . And jangan lupa bawak air mineral, Tapi bila kita kat tempat sejuk, aku rasa kita akan lebih makan banyak compared to minum banyak. This applied masa aku sekolah kat Ranau dulu.

Total untuk makan kat Taipei : RM793

MUSIM 

Taiwan ni ada 4 musim, waktu aku pergi, ialah pada musim sejuk. Setiap orang yang  nak pergi bercuti ada weather preferences masing-masing.Ada yang tak suka musim sejuk ada yang suka  Aku memang nak g musim sejuk sebab kat Malaysia dh panas. Kalau nak g Taipei, aku rasa better pergi waktu spring or autumn, sebab ni pon ala-ala jepun gak, ada pokok sakura semua. So bergantung la pada kesukaan amasing-masing.

ADA APA KAT TAIWAN?

Okey, ramai yang tak tahu sangat pasal taiwan ni. Taiwan ni orang telah diiktiraf sebagai 'The Heart Of Asia'.  Selalunya orang g Taiwan sebab atas urusan bisnes, nak tengok nature dan jugak shopping. Untuk visit aku kali ni, aku pergi ke Taiwan sebab nak tengok semua tempat-tempat kat sini. Secara kesimpulannya, taiwan ni ada :

1) National Park yang sangat banyak dan menarik!. Walaupon nampak macam boring, tapi trust me, kau akan mesmerized bila tengok ni, aku g Yang Ming Shan tu, kat sini national park yang terbesar, lepas tu aku sempat tengok sulphur kat gunung berapi, bunga-bunga dan banyk lagi, even though kat sini musim sejuk. tapi bila turun kat bahagian bawah Yang Ming Shan tu ada certain bunga je yang masih ada yang lain tinggal ranting je. banyak bangunan bersejarah dan banyak sangat benda yang boleh buat kau terkesima.

2)Night Market. Kat sini pon banyak sangat night market. Aku sempat pergi Raohe Night Market and Shilin Night Market. Waktu ni, kami da boleh tolerable dengan cuaca sejuk, so boleh berlama-lama kat kawasan terbuka. waktu awal-awal kat sana, nak berdiri ke luar pon kaki menggeletar sangat-sangat. So plan nak g night market tu cancel. Banyak benda-benda yang best dan menarik untuk di beli. Tapi harga pon....... paham-paham lah. Family aku semua cakap best shopping kat taipei, in fact semua banyak borong barang, sebab dorang kata MURAH. Tapi bagi aku takdela murah sangat. Aku rasa mahal je, so aku beli souvenier je la untuk family dan kawan-kawan dan beberapa pasang baju dan seluar yang lain tu aku tak mampu nak beli banyak banyak.

Aku rasa ini yang paling utama kalau nak g Taipei, selain melihat Taipei 101 tu. Taipei 101 dulu has been listed as the tallest in the world before Abu Dhabi tu. Lama gak lah Taipei 101 ni memegang takhta the tallest before Abu Dhabi.


Total shopping : RM 340

HAL-HAL LAIN

Okey first day kat sana, aku terlupa nak bawak international adapter, so aku beli satu, lepas tu aku jugak beli ketip kuku sebab terlupa nak bawak, aku beli air mineral sbb takut hotel bagi dua botol je sehari so tak cukup. walhal, hotel bagi 8 botol sehari!. What more you can asked for? lepas tu aku beli ubat gigi sebab tak perasan dalam travel toiletries, ubat gigi dah habis. tapi hotel sebenarnya da provide everything, even cotton buds, shaver, berus gigi tukar setiap hari, in fact sehari dai beri 8 jugak, memang lengkap semuanya. from head to toe dia beri. Sikat ganti setiap hari. So memang hotel tu sangat membantu untuk meringankan beban.

Total beli hal lain-lain : RM 160

So kesimpulannya, bajet yang aku tunjuk ni aku rasa masih boleh d 'lowerkan' tapi need some sacrification la. hihi. 

Sekian dan thanks. :)